OutdoorGate AsiaOutdoorGate Asia

Hutan Bakau Sepang · Selangor, Malaysia

Liputan Media

Liputan Media

Pokok Kelapa (November 2020)

Sekian lama saya tidak memahami daya tarikan hutan bakau. Saya menyangkanya berbau, berlumpur dan membosankan. Sangkaan saya betul separuh sahaja.

Masa yang saya luangkan di Taman Alam Kuala Selangor bersama Pemandu Alam MNS Selangor membuka mata saya kepada keindahan sebenar hutan bakau. Ya, ia memang berlumpur, tetapi berbau dan membosankan ia tidak. Hutan bakau yang sihat sepatutnya berbau seperti hutan, dan sebagai kawasan kepelbagaian biologi yang kaya, ia sepatutnya sarat dengan flora dan fauna. Baca lagi

Gypsy Tracker (July 2022)

Hutan bakau hanya meliputi 0.7 peratus daripada keluasan hutan tropika dunia, namun ia antara ekosistem paling produktif dan paling penting di dunia. Pada 2004, selepas tsunami dahsyat di Banda Aceh, kerajaan mula menyedarkan orang ramai tentang pentingnya pemuliharaan, pemulihan dan penanaman semula hutan yang semakin susut ini. Ia terbentang antara laut dengan darat, dan antara manusia dengan alam. Baca lagi

Petikan diterjemahkan daripada teks asal dalam bahasa Inggeris.

Ke atas